Nur Amanina Bte Mohd Naeem

ღ Campakkan Segala Isi Hati Kad Sini ღ:
LOVE LIKE BLOG'S , SOMETIMES YOU FOLLOW SOMEONE WHO DOESN'T FOLLOW YOU AND GET HURT WHEN SOMEONE UNFOLLOW YOU





Friday 16 May 2014

Cinta Hati Saya.



     Petang Jumaat, hi semua. Memandangkan dah lama blog ni tak update, rasanya sekarang ni adalah masa yang sesuai untuk update. Rindunya blog ni, dah setengah tahun rasanya berdiamkam diri. Hehe, actually tak ada benda yang menarik pun nak dikongsikan.





     Curi masa yang dibazirkan terlalu lama ni untuk update blog. Sebenarnya sekarang ni dah nak masuk semester 6 dah pun, exam teori dan amali baru saja selesai. Sekarang ni sem pendek so kena ambil masa yang ada ni untuk siapkan projek yang baru, err.






     Alhamdulillah, semalam 15.05.2014 cukup sembilan bulan hubungan aku dan dia. Tak tahu macam mana nak bagitau yang aku sayangkan dia sangat dan tak pernah memiliki pasangan kekasih macam dia. Selama sembilan bulan kenal dia, dia tak pernah pun nak tunjuk sifat panas baran dia terhadap aku. 






     Seriously cakap, dia memang tak pernah nak cakap kasar sampai lukakan hati aku. Dia tak pernah abaikan aku, apa saja kehendak aku semuanya dia turutkan. Dia layan kerenah aku yang sometimes tu macam kanak-kanak comel, ehee. Dia tak pernah jemu dengan sikap aku malah semakin hari semakin bertambah sayang dia terhadap aku. Aku bersyukur sangat kerana dipertemukan dengan lelaki macam dia.


.
     Setiap hujung minggu, dia akan spend time dengan aku. Walau sibuk macam manapun, dia tetap ada masa dengan aku kadang tu sampaikan dia letih tapi nak juga jumpa aku. Dia sanggup bahagi masa dia dengan kawan-kawan demi aku.
                 

     Masa minggu exam tu, dia sanggup turun dari Balik Pulau datang Teluk Kumbar  semata-mata hanya nak study sekali dengan aku, boleh dikatakan setiap hari dia datang rumah study sama-sama. Kalau petang tak sempat, dia datang malam study, dia ajar aku benda yang aku tak faham. Bila ada ja kelas tambahan dia sanggup datang ambil aku pergi kelas tambahan.


     Ya Allah, hidup aku rasa sempurna sangat bila dia disisi. Bersyukur sangat dapat dia ya Allah, insyaAllah dengan izinNya aku akan jaga hubungan ini sebaik mungkin hingga ke Jannah insyaAllah.




Like If You Like My Entry

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Sini-sini , jum comment entri Nieyna ..
*HIKH0K*