Nur Amanina Bte Mohd Naeem

ღ Campakkan Segala Isi Hati Kad Sini ღ:
LOVE LIKE BLOG'S , SOMETIMES YOU FOLLOW SOMEONE WHO DOESN'T FOLLOW YOU AND GET HURT WHEN SOMEONE UNFOLLOW YOU





Thursday 22 May 2014

Ya Allah 😢



     Fajar sudah pun pergi, Subuh pula menjelma. Salam Subuh kepada semua yang beragama Islam, inshaAllah dan mudah-mudahan kita diberkati dan diredhai menjalani hari ini. Breakfast pagi ni nasi lemak ikan bilis bersama kuih muih di depan mata, bismillah dan jemput makan semua.

     Semalaman berjaga dan memikirkan tentang kita, tentang kita yang akan menyepi. Ya Allah aku hanya mampu menadah tangan berdoa kepadaMu, dan hanya mampu berharap keadaan ini menjadi seperti biasa kembali, amin. Ya Allah, kuatkan lah hati hambaMu yang lemah ini ya Allah. Hari ini dan hari-hari sebelum ini mungkin cinta aku dan dia sedang diuji lagi. Aku terima walaupun pahit ya Allah, mungkin aku juga perlu tahu bahawa cinta itu ketawa dan air mata seperti SPRING
     
     Kadang-kadang aku lupa, lupa mencoretkan kisah-kisah suka dan manis kami bersama dalam coretan ini. Yang ada hanyalah ketika aku bersedih, pada aku biarlah dia salah sangka, biar dia salah anggap, biar dia salah menduga, biar dia tahu yang buruk-buruk pasal aku. Aku tak nak aku penyebab hubungan kami berakhir, tabahkan hati aku untuk menghadapi segala ujian ini. Aku yakin, aku mampu bila aku selalu sabar dan menunggu. Pasti kebahagiaan itu akan menjelma jua, aku tidak pernah terfikir untuk mencari seseorang dijadikan kekasih selain dia ya Allah.

     Sometimes, terkadang tu aku berharap agar aku boleh hilang seketika supaya aku boleh tahu siapa yang akan berusaha mencari aku. Disaat diri ini sedang berduka, masih adakah lagi aku disisi dia? Ya Allah, kau jauhkan lah perasaan seperti ini. Aku tak mampu untuk membahagiakan dia ya Allah aku tak berhak untuk berbuat demikian. Harus aku jalani semua dugaan ini walau penuh cabaran dan halangan yang ada kerana aku tahu, aku ada Allah tempat untuk aku mengadu dan meluahkan isi hati ini kepadaNya kerana Dia lah sebaik-baik perancang.




Like If You Like My Entry

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Sini-sini , jum comment entri Nieyna ..
*HIKH0K*