Assalamualaikum
Em, tak semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan. Em, dan tak semua kemahuan kita, kita akan dapat sepenuhnya
Kadang kita sendiri tak pasti apa yang kita mahukan sebenarnya. Manusia ni tak ramai yang bersikap matang dan selalu berpemikiran cetek
Kebanyakkannya selalu pentingkan diri sendiri, malah ada yang suka mengambil kesempatan ke atas golongan yang lemah
Ingat, tak selalu kita berada di atas. Allah Maha Adil.



Bismillah, yang dikatakan manusia ni ada bermacam-macam jenis perasaan. Suka
gembira
sedih
kecewa
marah
dan sebagainya. Bagi aku, apabila kita berada dalam keadaan serabut atau berasa kosong just dekatkan diri dengan Pencipta kita. Kerana Dialah pemilik segala hati hamba-Nya
Jangan putus berdoa, Bagi aku kalau kita yakin dengan sesuatu perkara, kita akan segera untuk dapatkan benda tu dengan cara yang baik
Bukannya dengan cara yang jahat
Aku akan terus berdoa, berdoa kepada Allah SWT untuk dekatkan hati aku dengan dia
Jika memang benar dia jodoh aku. Dan jika dia bukan untuk aku, aku tak perlu lepaskan sesiapa kerana hati ini sudah menjadi milik dia, dan aku tak akan senang-senang cari sesiapapun lagi 










Kenapa manusia suka ambil hak orang lain
Kenapa manusia suka bersikap munafik
Kenapa manusia tak boleh tengok orang lain bahagia
Dan kenapa manusia sendiri yang selalu tidak berlaku adil
Jika manusia sendiri yang teruskan bersikap sedemikian, nampaknya mereka memang tak sayang bahagia mereka di masa depan nanti
Sebab kita semua kena tahu bahawa apabila kita dianiai oleh orang lain, maka akan tiba masanya untuk kita juga
Sebab dunia ni berputar, kita perlu tahu bahawa karma itu ada










